PENGASAS SEKINCHAN IKAN BAKAR YANG ANDA HARUS TAHU


Bila kita bercakap tentang Sekinchan Ikan Bakar, kita harus tahu beberapa perkara iaitu siapakah pengasasnya? Apakah tujuan penubuhannya? dan nasib siapakah yang terbela ?

Tahukah anda siapa pengasas Sekinchan Ikan Bakar? 




Dato' Jamal Bin Md Yunos dilahirkan pada 4 Ogos 1970 di Sungai Leman, Sekinchan Selangor. Seawal usia 10 tahun beliau telah berdikari dengan menjual ikan dan udang di Pasar Sekinchan, Beliau menjual burger secara kecil-kecilan di Kuala Lumpur selama 2 tahun apabila telah tamat SPM. Berkat usaha gigih beliau membuka 11 outlet burger pada sesuatu masa, 




Tahukah anda tujuan penubuhan Sekinchan Ikan Bakar?


Dato Jamal mahu muncul sebagai Bumiputera yang berusaha gigih dengan menapak dari bawah.

Menjadikan kesusahan lalu sebagai titik tolak penting dalam perniagaan selain berhasrat mengubah kehidupan penduduk di kampung asal  iaitu Sekinchan, Selangor adalah inspirasi beliau.

Dato Jamal mahu membangunkan sebuah restoran besar di tapak tanah seluas 10 ekar di Sekinchan , sebuah 'tower' 10 tingkat yang akan dikenali sebagai 'My Hypermarket' berkonsepkan seperti pasar raya gergasi, serta sebuah chalet 120 bilik yang akan dibangunkan di Sabak Bernam.

Banyak perancangan Dato Jamal untuk membantu orang kampung seperti nelayan dan membeli hasil tanaman serai untuk digunakan bagi ramuan ikan bakar dengan belian lebih dua tan sehari. Dari situ beliau menggalakkan orang kampung menanam serai dengan memberikan wang pendahuluan sebagai galakan.





Nasib siapakah yang terbela?


Selain dari menyediakan peluang pekerjaan kepada 700 pekerja, setiap 2 kali seminggu beliau bersedekah makanan kepada golongan gelendangan sekitar Kuala Lumpur. Disamping itu juga beliau menubuhkan sebuah rumah anak yatim Al Amin di Sungai Buluh. Anak-anak yatim ini asalnya datang ke Sekinchan Ikan Bakar mengadu rumah mereka yang diwakafkan telah dirampas. Dengan kemuliaan dan rasa rendah diri maka Dato Jamal telah serahkan sebuah rumah beliau di Sungai Buluh untuk dijadikan Rumah Anak Yatim Al Amin yang mempunyai lebih kurang 80 orang penghuni.


Dato Jamal juga merupakan orang yang terlibat dalam mencari dana untuk pembedahan adik Fakrul Razi yang mengidap kanser hati.




Semoga perniagaan Sekinchan Ikan Bakar maju kerana keberkatan dan niat murni Dato Jamal dalam menguruskan perniagaan beliau. sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story