Seorang ibu bejaya menangkap seorang budak yang jatuh dari tingkat 10


BEIJING, KOMPAS.com — Seorang gadis cilik China yang berusia dua tahun seakan-akan mempermainkan kematian setelah jatuh dari jendela tingkat 10 sebuah apartment. Walaupun masih kritikal dia selamat berkat seorang pejalan kaki yang berlari untuk menangkapnya.

Si penyelamat, Wu Juping, berusia 31 tahun dan merupakan ibu dari seorang bayi berusia tujuh bulan. Ia melihat anak itu bergayut di jendela blok apartment yang tinggi itu. Perempuan pahlawan yang bertindak cepat itu menanggalkan kasut tumit tingginya lalu berlari ke arah kanak-kanak yang akan jatuh dengan dua tangan yang siap menadah.

Wu Juping dipuji sebagai pahlawan di televisyen China. Siaran televisyen memperlihatkan dia sedang dirawat di tempat tidur hospital kerana patah lengan setelah kecelakaan pada hari Sabtu itu. Wu menderita patah lengan kiri ketika anak kecil itu menimpanya sebelum jatuh ke rumput. Ia kemudian pengsan akibat kekuatan hentaman anak kecil tersebut.

Anak yang diselamatkan, Niu Niu, menderita perdarahan dalaman dan masih dalam keadaan kritikal. Ia ditinggalkan sendirian di apartmentnya ketika kecelakaan terjadi. Demikian lapor pejabat berita rasmi China, Xinhua.

Kecelakaan itu terjadi dekat Hangzhou, ibu kota daerah Zhejiang. Jin Dengfeng,pengarah sebuah hospital di kota Fuyang yang menawarkan rawatan bagi Wu ketika mendengar khabar mengenai aksi itu, mengatakan bahawa perempuan tersebut telah mempertaruhkan hidupnya dengan menghambat jatuhnya si anak. "Dia boleh saja meninggal atau lumpuh seumur hidup jika anak itu menimpa kepala atau punggungnya," katanya.

Wu mengatakan, kerana cederanya, dia terpaksa berhenti menyusui anak lelakinya yang masih bayi lebih awal dari yang direncanakan. "Saya tidak menyesali apa pun. Saya hanya berharap, Niu Niu boleh sembuh," katanya sebagaimana dikutip The Daily Mail, Senin (4/7/2011).sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story