Video Budak Main Di Balkoni Tingkat Lapan




“Saya terlihat seorang kanak-kanak bermain di atas balkoni tanpa ada sesiapa yang mengawasinya. Saya sangkakan dia akan terjatuh dan jika itu berlaku sudah pasti kanak-kanak ini akan menemui ajal. Saya tidak pernah merasa kegusaran sebegini,” kata Debbie.

“Angoota polis datang kira-kira 6 minit kemudian tapi menantikan detik itu saya rasakan terlalu lama dan menakutkan,” tambahnya.

Selepas menggeledah selama 7 minit anggota polis akhirnya menemui unit apartment kepunyaan ibu-bapa kanak-kanak tersebut. Mereka sedang tidur semasa anak mereka hampir berdepan dengan maut jika terjatuh dari balkoni. 



Kejadian ini belaku di Wyken, sebuah bandar kecil di daerah Coventry, England.

Seorang kanak-kanak hampir berdepan dengan kematian bila dirakamkan sedang berada di atas balkoni kira-kira 100 kaki dari paras tanah.


Balkoni tersebut berada di tingkat lapan, dan kanak-kanak tersebut duduk dan merangkak di atasnya mengundang kegusaran orang ramai yang sempat melihat aksinya dari bawah.

Seorang jiran dari apartmen bersebelahan, Debbie Green, sempat merakamkan video dramatik di bawah.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story