Beyonce & Jay-Z Pasangan Selebriti Paling ‘Masyuk’!


Beyonce & Jay Z Pasangan Selebriti Paling ‘Masyuk’!
Tahun ini boleh dikira sebagai tahun yang ‘mencabar’ bagi beberapa pasangan selebriti antarabangsa apabila rumahtangga mereka mula goyah.
Dari Katy Perry dan Russell Brand, Heidi Klum dan Seal, Demi Moore dan Ashton Kutcher dan pasangan paling ‘panas’, Tom Cruise dan Katie Holmes.
Tetapi, masih ada juga pasangan selebriti yang makin mencipta nama, mendapat sambutan yang hangat serta masih berbahagia berjalan menuju ke bank.
Eh.. kenapa ke bank?
Penulis mengambil contoh Beyonce Knowles dan Jay-Z.
Tahun lalu, pasangan romantis itu hanya mendapat tempat kedua dalam kategori ‘Pasangan Selebriti Paling Mahal di Dunia’.
Pasangan itu telah melangkau ke tempat pertama dalam carta itu pada tahun ini.
Namun, penulis melihat Beyonce lebih banyak berehat pada tahun ini setelah sibuk menjayakan konsert jelajahnya pada 2011.
Malah, Beyonce juga mengambil cuti yang lama setelah melahirkan anak perempuan, Blue Ivy Carter.
Pada masa yang sama, khabarnya Beyonce masih lagi menerima bayaran dari jualan album sebelum ini.
Duduk rumah pun dapat duit? Hebat!
Mana tidaknya, albumnya yang terbaru merupakan antara album terlaris dengan jualan yang mencecah tahap platinum di Amerika Syarikat.
Memetik dari senarai laporan Celebrity 100, dari 1 Mei 2011 hingga 1 Mei 2012, jumlah pendapatan Beyonce adalah US$ 40 juta.
Itu tidak termasuk lain-lain sumber kewangan seperti duta produk, perniagaan dan pelbagai lagi.
Ingat! Itu jumlah pendapatan Beyonce sahaja, tidak termasuk suaminya, Jay-Z. – MSN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story