Tips untuk menjadi seorang lelaki yang romantik


Pada masa kini, ramai yang menilai sesuatu yang romantik itu dalam satu bentuk kebendaan. ia seharusnya tidak dinilai dari segi materialistik sahaja, tetapi boleh dinilai daripada pelbagai sudut.
Fenomena Nora Elena, semua wanita mahukan seorang kekasih/suami macam Seth Tan. and yang lelaki pun sama nak jadi macam Seth Tan.
Wahai sang arjuna, kami tak mintak pun awak jadi seromantik Seth Tan sebab itu hanyalah watak dalam drama. disini ada 9 perkara yang boleh menjadikan awak seorang yang romantik (:

Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Walaupun bagi korang ini benda remeh, tapi perempuan sangat pentingkannya tau.
Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan. itu tak membantu okay.
Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Tak ada yang nak dimalukan sekiranya awak tolong isteri awak sidai baju dan kemas rumah. Malah boleh dianggap suami mithali tu.
Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.
Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda. Takkan asyik kami je yang nak cakap saya sayang awak!
Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik. Wanita paling pantang kalau lelaki mungkir janji, so better you don’t.
Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut. Percayalah, kami akan setia kalau awak setia.
Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang. Kadang-kadang cuma SMS take care pun sudah cukup umtuk wanita rasa dihargai.
Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.
Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlebih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama.
Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.
Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam.
Bukan di kakinya untuk dialasi.
Bukan di kepalanya untuk dijunjung.
Tapi dekat di bahunya untuk dilindung.
Dekat jua di hati untuk disayangi.

1 comments:

Unknown said...

mohon copy ye,thanks (:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story