16 Ekor Lipas Hidup Dalam Mulut Untuk Pecahkan Rekod Dunia






Sean Murphy dari Lansing, Michigan telah menetapkan rekod dunia baru dengan meletakkan 16 ekor lipas Madagascan hidup dalam mulutnya selama sepuluh saat. Awalnya, Sean Murphy berhenti pada lipas ke 12 dan menunggu sepuluh saat supaya dia tahu dia boleh menetapkan rekod baru, tetapi dia kemudian terus meletakkan empat lagi serangga menjijikkan itu ke dalam mulutnya.

Rekod semasa adalah 11 ekor lipas, dan Sean Murphy berkata, dia bercadang untuk meletakkan 20 ekor lipas pula pada satu tarikh mendatang. Tujuan utama Sean Murphy memecahkan rekod ini ialah bagi menjana wang untuk Harris Nature Center - "saya mahu orang ramai untuk menyedari terdapat taman alam semula jadi yang banyak di seluruh Lansing."sumber


0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story