Bomoh x beradap memasukkan tasbih dalam alat sulit wanita



http://i.imgur.com/GiGF4.jpg

Bomoh Menyumbat Tasbih Dalam Alat Sulit Wanita - Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.
Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.
Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.
Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.
Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.
Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.
Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.
Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.
Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.
Dia kemudian membuat laporan polis, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian terbabit, semalam, berkata mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh itu jam 11 pagi Sabtu lalu.
“Wanita itu pergi bersama suami dan anak saudaranya kerana mendakwa dirasuk hingga pengsan di tempat kerjanya.
“Mangsa mendakwa bomoh terbabit memasukkan tasbih dan jari ke dalam alat sulitnya,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian, suami dan anak buah mangsa tiada kerana diminta membeli kemenyan.
“Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk proses rawatan bomoh itu, termasuk kain kuning,” katanya.
Abdul Rahim turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mendapatkan rawatan daripada bomoh bagi mengelak menjadi mangsa cabul atau rogol.
Suspek kini ditahan reman seminggu bermula semalam.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story