Dua Pasangan Kembar China Lakukan Pembedahan Pertukaran Jantina




Sepasang saudara kembar di China melakukan pembedahan pertukaran jantina untuk mengubah dirinya dari perempuan menjadi lelaki. Pasangan kembar ini mendakwa, setelah menjalankan pembedahan, mereka akan dinobatkan menjadi pasangan kembar pertama yang mengubah jantinanya.

"Pembedahan ini berjaya, mereka akan terus bekerja keras dan menabung, sehingga mereka dapat meneruskan pembedahan ke tahap akhir," ujar Doktor Zhao Yede, seperti dipetik AFP, Rabu (28/3/2012).








Pasangan kembar berusia 25 tahun itu menjalankan pembedahan di hospital tentera. Pihak hospital  juga menolak untuk mengulas kerana mereka adalah tentera. Berdasarkan peraturan China, tentera tidak dibenarkan memberikan keterangan pada media asing.

Kedua saudara kembar itu nampak menggunakan pakaian lelaki dan tidak lagi memakai skirt atau memanjangkan rambutnya. Sebelum pembedahan itu dijalankan oleh pihak hospital, pasangan kembar itu juga menjalankan ujian perubatan dan psikologi.

Di bawah undang-undang China, pasangan kembar itu akan tetap menjadi warga perempuan sampai pembedahan pergantian kelamin selesai. Setelah itu, mereka harus mengubah jantina dalam kad pengenalan mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story