Ehem! Ada apa dalam c0liyyy tu?



KUALA TERENGGANU- Cubaan seorang ibu kepada empat anak yang menyorokkan pil kuda di dalam coli dipakainya, tidak menjadi apabila taktiknya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang membuat serbuan di kediamannya di Kampung Kubor Timah, Jalan Merang, di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, polis menemui 70 biji pil kuda yang disembunyikan di dalam coli di sebelah kiri berwarna biru yang dipakai suspek, 28.

Sebelum itu, adik lelaki suspek yang juga merupakan penuntut semester tiga, Ijazah Elektrikal di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Melaka, ditahan selepas cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis ke rumah mereka.

Suspek, 20, ketika itu difahamkan akan melaporkan diri pada minggu depan iaitu 9 September ini bagi meneruskan sesi pembelajaran semester tiga sedang berada di atas sebuah motosikal di hadapan rumah mereka.

Suspek terus memecut motosikalnya setelah menyedari kehadiran polis, bagaimanapun gagal setelah dia terbabas ke bahu jalan sebelum pemeriksaan ke atas tubuhnya, berjaya menjumpai 20 biji pil kuda.

Susulan kemalangan kecil itu, suspek mengalami cedera ringan di telapak tangan kanan dan kaki kanan.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad, kelmarin mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap kedua-dua beradik itu untuk disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya bagi ‘si kakak’ dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kepada ‘si adik’.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story