Gambar Pameran Sempena 50 Tahun James Bond Ditayangkan


My Name Is Bond
James Bond ialah sebuah francais yang masih lagi mempunyai peminat yang ramai sungguhpun sudah terdapat 25 filem dihasilkan. Oktober hadapan, sempena ulang tahun ke-50 filem pertama Bond iaitu Dr No, filem terkini Bond - Skyfall akan ditayangkan di layar perak. Sempena ulang tahun ke 50 ini juga sebuah pameran khas 50 Tahun James Bond diadakan di The Barbican London. Di dalam pameran ini akan akan dapat melihat sendiri pakaian, kenderaan, model, senjata dan juga lukisan konsep terpilih yang pernah digunakan dalam penghasilan filem Bond. Jika anda ada di London sekarang ialah masa yang perfect untuk melihat pameran yang pastinya ditujukan khas buat peminat Bond. Pameran ini akan berlangsung di Barbican sehingga 5 September ini sebelum melakukan road tour seluruh dunia selama 3 tahun. Harapannya pameran ini akan tiba di negara kita. Nampak sangat nice terutamanya kereta Aston Martin DB5 dan pistol The Man With The Golden Gun. Classic stuff!sumber



0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story