Model 19 tahun tidak mengaku pijak gambar PM


JOHOR BAHRU - Seorang model sambilan berusia 19 tahun menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru (Selatan) hari ini berhubung isu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu.

Remaja dari Taman Puteri Wangsa, yang ditemani rakan-rakannya, menyerah diri kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dia salah seorang model sambilan bertindak menyerah diri selepas gambarnya tersiar menjadi antara 11 individu dikehendaki berhubung insiden 30 Ogos lalu di ibu negara.

Model yang berasal dari Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dekat sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Dia hadir turut mendapatkan khidmat nasihat undang-undang melalui peguam, Norman Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi Dap Johor, yang turut menemani gadis itu ketika memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurut Fernandez, model itu bukan ahli Dap sebaliknya hanya meminta bantuan dan khidmat nasihat daripadanya sebelum menyerah diri.

“Daripada pengakuannya, dia mengakui berada di lokasi berkenaan ketika kejadian itu berlaku, namun melalui rakaman video yang dimuat naik di You tube dia tidak memijak gambar Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Selepas memberi keterangan kira-kira tiga jam di IPD berkenaan, model itu dibawa keluar diiringi pihak polis manakala tangannya bergari kira-kira jam 1.05 petang.

Dia akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.

"Sebelum itu, dia akan mengambil baju Kemeja bewarna merah yang dipakai ketika hari kejadian di kediamannya," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Samad Salleh mengesahkan gadis berkenaan telah menyerah diri selepas gambarnya tersiar di media massa.

“Dia akan dibawa ke Kuala Lumpur dan kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story