Punca Wanita Tolak Sekks Anda



Naluri atau daya seksual ialah suatu kuasa yang mendorongkan seseorang itu berperasaan berahi dan seksual.

Sebilangan 30 peratus wanita tidak mempunyai daya seksual sama sekali. Sebilangan wanita yang lain mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu.

Ini termasuklah semasa mengandung, selepas melahirkan anak, dalam tempoh menyusu anak dan semasa menopaus.

Selain itu, keinginan ini menurun ketika mengalami tekanan atau kemurungan dan pada bila-bila masa apabila perasaan dan emosi mereka terganggu.

Kepada sebilangan wanita yang lain pula, perkara tersebut boleh berlaku sekali-sekala secara kronik.

Tanda-tanda kurang naluri dan daya seksual ialah tidak berminat dan tiada keinginan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka juga tiada dorongan atau hasrat untuk melibatkan diri dalam hubungan keintiman dan tiada apa-apa perasaan atau khayalan seksual sama sekali.

Bagaimanapun, mereka masih suka berpeluk-peluk kerana perasaan cinta masih ada, cuma yang tiada ialah keinginan atau keperluan untuk melakukan hubungan seks.

Oleh yang demikian, perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan silaturahim kerana pasangan akan berasa terasing dan tidak disayangi.

Jadi hubungan seksual mengeratkan keintiman antara pasangan yang mana wanita yang mengalami masalah daya seksual perlu diberi kesedaran dan perlu usaha mengatasinya.

Keinginan ialah suatu daya yang mempunyai tumpuan yang mendorong kita melakukan sesuatu apabila kita dalam keadaan yang berahi.

Keinginan itu tidak kekal dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Ada banyak perkara yang menyebabkan kehilangan keinginan seksual.

Ia boleh disebabkan faktor fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali.

Sebahagian daripada sebab fizikal yang merendahkan keinginan ialah:

* Rawatan perubatan atau pembedahan

* Masalah gangguan hormon dan

* Penyakit seperti diabetes, jantung, multiple sclerosis, Parkinson dan kemurungan.

Perkara lain yang mempengaruhi daya keinginan seksual pula ialah:

* Perubahan kepada amalan merancang keluarga

* Keletihan dan kelesuan

* Tekanan

* Gangguan mood (seperti keresahan)

* Obesiti

* Keterampilan diri yang kurang menarik

* Masalah hubungan dengan pasangan

* Pengalaman pahit hubungan seksual yang lampau

* Akibat terlibat dengan amalan minum minuman keras dan najis dadah

* Kurang kesempatan dan masa untuk memulakan dan melangsungkan hubungan intim boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan keinginan syahwat

* Kadangkala masalah tersebut berlaku akibat kebosanan seks, pasangan membosankan atau tidak menarik lagi akibat perangai atau perilakunya.

Setiap wanita mempunyai situasi yang unik yang menyebabkan dia mengalami kurang daya keinginan seks.

Oleh yang demikian pengendalian kes tertakluk kepada keperluan wanita dan hasrat pasangannya untuk bersama-sama mengupas masalah.

Bersama DR. MOHD. ISMAIL MOHD. TAMBI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story