Wanita Togo lancar mogok seks untuk paksa presiden letak jawatan

LOME: Wanita dalam kumpulan hak asasi ‘Mari Selamatkan Togo’ berkata, mereka akan melancarkan mogok seks selama seminggu bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Faure Gnassingb.



Rancangan tidak akan mengadakan seks dengan suami masing-masing selama seminggu bermula hari ini, kata ketua sayap wanita kumpulan berkenaan, Isabelle Ameganvi. Isabelle memberitahu AP, pihaknya mencontohi wanita Liberia yang mengadakan mogok seks dalam kempen menuntut keamanan pada 2003.

Bantahan kaum wanita itu adalah sebahagian daripada kempen oleh satu pakatan yang menentang pemerintahan Gnassingb. Kumpulan pembangkang, Pakatan Kebangsaan Untuk Perubahan mengadakan tunjuk perasaan aman terhadap presiden itu Sabtu lalu. Gnassingb memimpin Togo sejak 2005 selepas kematian bapanya, Gnassingb Eyadema yang memerintah negara barat Afrika itu selama 38 tahun.

Sumber : Harian Metro Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story