Wayne Rooney bakal tinggalkan Manchester United ?

MANCHESTER - Penyerang England, Wayne Rooney mahu kekal dan berjuang bagi memastikan masa depannya terus bersama Manchester United.



Rooney menyuarakan keazaman itu selepas laporan akhbar mendedahkan dia berselisih faham dengan pengurus United, Alex Ferguson pada kempen pramusim baru-baru ini. 

Situasi itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depan Rooney terutama selepas diketepikan daripada kesebelasan utama skuad The Red Devils pada aksi Liga Perdana England menentang Fulham, Sabtu lalu. 

Namun, Rooney menerusi laman sosial Twitter peribadinya memberi- tahu: "Beberapa pihak bercakap mengenai Rooney yang akan meninggalkan United. 

"Ia sangat mengarut. Saya mahu kekal di Old Trafford." 

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu perlu berehat selama dua bulan selepas ditimpa kecederaan paha pada aksi menentang Fulham lalu. 

Disebabkan itu, United dilaporkan bersedia untuk menjual Rooney dengan nilai £50 juta (RM246 juta) sekiranya bekas penyerang Everton itu gagal mempamerkan prestasi cemerlang sebaik pulih daripada kecede- raan. Ketibaan bekas pemain Arsenal, Robin van Persie memberikan Ferguson lebih banyak pilihan di bahagian serangan termasuk Danny Welbeck dan Javier Hernandez.

Sumber : Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story