Zed Zaidi Bukan Pertikai Aaron Aziz Tapi Randy Pangalila





KUALA LUMPUR : Tak sangka Murai Batu. Ramai yang salah faham dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi bila portal murai.com.my paparkan kenyataannya tentang: Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang semalam.
Ramai yang ingat kenyataan Zed Zaidi tersebut ditujukan untuk aktor Aaron Aziz. Padahal, aktor Aaron Aziz tidak ada kena-mengena langsung dengan ini gambar.
Semua orang pun tahu, Aaron Aziz dah jadi penduduk tetap Malaysia. Waktu dia menang Bintang Paling Popular dulu pun, dia dah jadi penduduk tetap di negara ini. So, kes Aaron Aziz dan tutup dan dah selesai. Lagipun dia berkarya kat Malaysia bukan negara lain.
Tapi, apa yang cuba Zed Zaidi suarakan baru-baru ini adalah mengenai aktor dari seberang iaitu Randy Pangalila yang telah muncul dengan sebuah program raya tempatan.
Yang menjadi kemusykilan Zed Zaidi ialah bagaimana Randy Pangalila mampu bekerja di sini tanpa permit kerja sedangkan perkara itu sudah pun termaktub di dalam undang-undang di negara ini menerusi Finas.
Bahawasanya, mana-mana artis luar yang mahu menjayakan penggambaran di negara ini, perlulah mempunyai permit kerja sepertimana yang turut diamalkan di negara lain termasuklah Indonesia sendiri.
Zed Zaidi juga tidak menyalahkan sangat Randy Pangalila tetapi mempertikaikan Finas yang boleh terlepas pandang tentang hal tersebut, begitu juga dengan syarikat produksi yang mengambil Randy bekerja. Mengapa mereka tidak berbuat apa-apa dan membiarkan saja perkara itu berlaku.
Murai Batu harap, korang semua jangan asyik nak hentam Zed Zaidi saja. Cuba fahamkan apa yang Zed Zaidi tu nak perkatakan. Kalau tidak, sampai bila-bilalah orang luar senang nak cari makan kat negara ini, sedangkan orang kita sendiri kebuluran. Korang suka ker macam tu?
MURAIBATU: Nak call Finas dan tanya kenapa diaorang boleh terlepas pandang hal-hal macam ni? – Murai

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story