Anzalna Dibenci Peminat Aaron Aziz Kerana Adam & Hawa


Hebat sungguh penangan drama Adam dan Hawa. Impak yang diterima bukan sahaja kepada pelakon utama seperti Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, malah Anzalna yang membawakan watak Dee (bekas kekasih Adam) turut menerima tempiasnya. Mana taknya, akibat lakonan menggodanya, peminat fanatik Aaron Aziz telah mengecam Anzalna.
anzalna dibenci
Apa pun kecaman yang diterima oleh Anzalna ini patut dibanggakan kerana ini menunjukkan lakonannya menjadi. Biasalah watak jahat memang selalu dibenci orang ramai. Diharap para penonton tidak terlalu fanatik dan dapat membezakan dunia lakonan dan dunia realiti. Kata Anzalna kepada portal Murai:-
Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adengan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan. Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja. Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan. Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan
anzalna
Abang Nara masih ingat lagi satu ketika dahulu Abang Nara benci gila dengan Aaron Aziz di dalam drama Nora Elena. Nasib baik Abang Nara tak sempat nak mengikut drama Adam dan Hawa ini. Kalau tak mesti Anzalna pun kena maki sedas dua dengan Abang Nara. Apa pun cacian dan makian yang diterima apabila anda melakonkan watak jahat menandakan lakonan anda sangat padu dan berkesan. Tahniah diucapkan.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story