Bajet 2013 : Subsidi dikurangkan, harga gula naik 20 sen kepada RM2.50


Dalam pembentangan Bajet 2013 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pengurangan subsidi gula oleh kerajaan. Langkah ini diambil setelah mengambil kira isu kesihatan rakyat Malaysia terutamanya penyakit diabetes yang semakin meningkat bilangannya. 

Harga gula naik Bajet 2013

Bajet 2013 : Subsidi dikurangkan, harga gula naik 20 sen kepada RM2.50 - Terbakor

Subsidi gula dikurangkan Bajet 2013

KUALA LUMPUR – Harga gula dijangka naik selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi barangan itu sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira isu kesihatan rakyat termasuk yang membabitkan 2.6 juta penghidap diabetis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 semalam memberitahu, pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
“Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,” katanya.
Pada masa ini harga gula kasar ditetapkan kepada RM2.30 sekilogram manakala gula halus pula RM2.40.

Sumber : Kosmo

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story