Foto Pra-Perkahwinan Datuk LCW Tersebar



Umum mengetahui yang pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, sedang bercinta dengan pasangannya bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo.
Pada tahun 2009, hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan tetapi kembali bertaut semula setahun kemudian kerana masih lagi mempunyai rasa kasih sayang terhadap diri masing-masing.
Beberapa bulan yang lalu, Chong Wei pernah mengeluarkan kenyataan akan mengadakan persiapan dan perancangan kahwin pada tahun hadapan kerana dia tidak akan mempunyai komitmen dalam sebarang pertandingan besar.
“Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu,” kata Chong Wei yang dipetik dari myMetro.
Namun, dalam diam, beberapa keping gambar telah tersebar yang jelas menunjukkan persiapan perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo sedang giat dilakukakan.
Dalam satu profil di Facebook, terdapat satu status yang dimuat naik oleh individu tertentu juga amat mengejutkan.
“Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?”
Tiga hari yang lalu, melalui NTV7, Chong Wei memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.
Dikhabarkan perkahwinan mereka berdua akan diadakan di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast.
Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan dua warna sebagai tema utama iaitu merah jambu dan putih.
Antara tetamu jemputan ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.
Jadi, mungkin Chong Wei sudah melakukan rombakan tarikh perkahwinannya dari tahun hadapan ke tahun ini.
Jika benar, tahniah buat Chong Wei dan Mew Choo!




0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story