2 Penyampai Berita Dilarang Bertugas Bersama

2 Penyampai Berita Dilarang Bertugas Bersama

London – Mereka digandingkan bersama dalam rancangan Beeb’s 24, namun malangnya, kedua-dua penyampai berita yang popular di stesen penyiaran BBC ini jatuh cinta.
Apa yang menjadi masalah ialah Tim Willcox dan Sophie Long, masing-masing sudah berkahwin.
Keadaan ini memaksa pihak pengurusan BBC mengambil tindakan drastik dengan melarang mereka digandingkan bersama di kaca televisyen untuk sementara waktu.
Sophie, 35, dan Wilcox, 49, juga bakal membuat keputusan pada minggu depan sama ada kekal dengan pasangan masing-masing atau bercerai.
Hubungan cinta itu agak mengejutkan kerana Willcox turut dijemput ke majlis perkahwinan Sophie yang diadakan dua tahun lalu.
Sophie dilaporkan telah memaklumkan kepada suaminya, Will Green yang juga seorang pengarah jualan di sebuah syarikat kapal layar bahawa perkahwinan mereka telah berakhir.
Manakala Willcox, yang terkenal dengan cara tersendiri ketika mengendalikan rancangan temubual, telah memaklumkan kepada isterinya, Sarah bahawa dia jatuh cinta dengan Sophie.
Willcox yang mempunyai empat anak itu merupakan satu-satunya wartawan asing yang berjaya menemubual Presiden Chile, Sebastian Pinera.
Dia juga terkenal dengan laporan agresif ketika pelombong di Chile terperangkap di bawah tanah.pada 2010.
Kefasihannya dalam bahasa Sepanyol telah memberikan kelebihan kepada Willcox dalam membuat liputan berita berkenaan untuk BBC

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story