Gambar Aida AF Kemalangan, Barangan Berharga Dicuri




Gambar Aida AF Kemalangan!  Satu berita terkini dan mengejutkan iaitu Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).






Aida AF merupakan salah seorang bekas bintang Akademi Fantasia 9. Gambar Aida dipetik menerusi sebuah laman web hiburan tempatan.

Menurut seseorang dari rancangan Melodi, Zuan, Kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah.

Diberitakan, Aida sedang memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja dipercayai tertidur lalu mengalami kemalangan. Kereta Aida dikatakan telah berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

Tetapi, apa yang mengejutkan ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aida AF kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.

Semoga cepat sembuh...

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story