Linda Hashim Sahkan Sudah Bertunang Dengan Beego



PETALING JAYA: Aktres Linda Hashim mengesahkan desas-desas yang mendakwa dia sudah mengikat tali pertunangan dengan aktor Beego pada 3 November lalu.
Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghormati permintaan keluarganya.
"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
"Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini," katanya ketikadihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Desas-desus pertunangan dua pelakon itu dipaparkan pada sebuah akhbar mingguan pada Ahad.
Menurut laporan tersebut, pada majlis pertunangan tertutup itu Beego memberikan sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran.
Difahamkan juga, Linda bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinan yang didakwa bakal berlangsung pada Mac 2013.
Ditanya mengenai perancangan berkahwin, pelakon filem Tanda Putera itu berkata, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersepakat untuk menyatukan mereka pada pertengahan 2013.
"InsyaAllah, jika tiada aral kami rancang untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun depan. Kami belum putuskan tarikh tertentu lagi," katanya.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, menemui kegagalan apabila aktor itu bertindak mematikan telefon bimbitnya.
Difahamkan, Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun lalu.
Pada artikel mStar Online bertarikh 6 Ogos lalu, Linda mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Beego, namun enggan mengulas status sebenar hubungan mereka.
Sebelum ini, aktor filem Libas itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007.
Namun, perkahwinan yang diraikan dalam majlis gilang-gemilang itu hanya bertahan selama 10 hari.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story