Pilihan Raya Serentak Elak Pembaziran – Nazri

Pilihan Raya Serentak Elak Pembaziran - Mohamed Nazri

KUALA LUMPUR – Pilihan raya yang diadakan serentak dapat mengelak pembaziran kos, tenaga kerja dan masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya akan datang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen secara serentak.
“Sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau DUN terpulang kepada pucuk kepimpinan kerajaan berkenaan, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak perdana menteri manakala DUN hak menteri besar atau ketua menteri.
“Bagaimanapun, adalah wajar semua parti politik mengambil kira kepentingan bersama untuk mengadakan pilihan raya serentak,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) di Dewan Rakyat Rabu.
Azmi ingin tahu sama ada kerajaan akan mencadangkan tempoh penggal pilihanraya umum yang tetap sebagai usaha mengurangkan kos dan mengurangkan partiterlibat terlalu banyak berpolitik.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata persoalan berhubung penetapan tarikh adalah persoalan dasar yang perlu dikaji terutama daripada aspek perundangan.
Ini termasuk mengkaji keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story