Acong Berkahwin Selepas 10 Tahun Menduda

Acong Berkahwin

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 10 tahun menduda, akhirnya vokalis kumpulan Sweet Child, Acong terbuka hati untuk menamatkan zaman solonya dengan Matya Zuraida.
Menurut Mstar, Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira dua tahun mengenali isterinya.
Sebetulnya Acong dan Marya sudah berkenalan sejak 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang.
Namun mereka terpisah tetapi kembali rapat menerusi laman sosial Facebook pada 2010.
Sementara itu, Marya berkata, pintu hatinya terbuka untuk berumah tangga semula selepas lima tahun bergelar ibu tunggal kerana.
Dia terpikat dengan sikap Acong yang kuat bekerja dan menerima anak perempuannya Qistina Yasmin yang berusia enam tahun.
Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah dengan sekali lafaz.
Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.
Mereka dijangka terbang berbulan madu ke Beijing, China pada 1 hingga 6 Februari 2013.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story