Bekas Jurumekap Amy Mastura Ditemui Mati Dengan Keadaan Kaki, Tangan Terikat!


Bekas Jurumekap Amy Mastura Ditemui Mati Dengan Keadaan Kaki, Tangan Terikat!
KUALA LUMPUR – Seorang jurusolek telah ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat.
Menurut sumber-sumber, Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali dengan nama Dicky, dipercayai diikat untuk satu tujuan lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Datuk Ku Chin Wah ketika ditemui berkata, polis kini sedang mencari seorang lelaki yang merupakan kenalan mangsa kerana tiada tanda-tanda pintu rumah mangsa itu dipecah masuk.
Beliau tidak menolak kemungkinan orang yang dicari polis itu adalah seorang yang sangat rapat dengan mangsa dan dikenali mangsa.
Mayat Dicky ditemui oleh saudara lelakinya sendiri pada jam 8 malam Selasa iaitu dipercayai 24 jam selepas kematiannya.
Mangsa dipercayai mati akibat kelemasan selepas mulutnya disumbat dengan secebis pakaian.
Siasatan awal mendapati, komputer riba dan telefon bimbit mangsa telah hilang. -Mstar.com.my
NOTA: Mangsa adalah bekas jurumekap penyanyi terkenal Amy Mastura dan ramai artis terkenal tempatan. sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story