Gadis Muda Yang Cantik Jadi Peninju

11

Bila kita terfikirkan kerjaya seseorang yang menjadi ahli peninju, bayangan kita terus terfikirkan yang fizikal badan ahli peninju itu sangat besar dan mempunyai otot yang sangat kental.
Lebih-lebih lagi ahli gusti yang berjantina lelaki.
Jarang kita dapat melihat ahli peninju wanita beraksi di gelanggang gusti atau pun dalam pertandingan gusti di kaca televisyen.
Tetapi, tidak mustahil buat Tran Thi Kin Ngan, gadis yang baru berusia 15 tahun dari Vietnam.
Walaupun masih lagi muda dan bersekolah, Tran berjaya mematahkan persepsi masyarakat tentang ahli peninju.
Untuk rekod sepanjang kehidupannya, dia sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah memenangi Kejuaraan Nasional untuk acara renang dan senam robik.
Selepas itu, Tran menjinakkan diri ke dalam acara gusti pula.
Memiliki tenaga dan ketangkasan yang tinggi setiap kali beraksi di gelanggang gusti, setiap aksinya pasti akan memukau perhatian penonton lebih-lebih lagi kaum lelaki.
Tran dikhabarkan bakal dinobatkan sebagai Peninju Wanita Termuda dan Peninju Tercantik Vietnam pada tahun 2013 nanti.
Wah! Hebat!
11
12
13
14
15
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: drysheet.blogspot

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story