Jenain Minta Maaf Pada Keluarga Aminulrasyid

Jenain Minta Maaf Pada Keluarga Aminulrasyid

SHAH ALAM – Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas, Koperal Jenain Subi tetap merendah diri memohon maaf kepada keluarga remaja lelaki itu.
“Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.
Jenain yang ditemani peguam belanya, M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi berkata keputusan mahkamah juga telah membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
“Alhamdulillah…semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepadaNya. Hari ini telah terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya yang tidak dapat menahan tangisan.
Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan membebaskan Jenain daripada tuduhan selepas menerima rayuan anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Sejurus hakim membacakan keputusannya, Jenain yang memakai kemeja dan berkopiah putih mengalirkan air mata dan tersenyum. Isteri serta seorang anak perempuannya yang berada di galeri awam turut menangis kegembiraan.
Beliau yang pernah bertugas sebagai polis mahkamah turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa anggota polis yang hadir memberikan sokongan moral.
Jenain, 49, yang ketika kejadian bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Ditanya sama ada beliau masih ingin meneruskan khidmat dalam pasukan polis, Jenain yang kini digantung tugas berkata kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.
“Saya tetap akan teruskan perjuangan dan berkhidmat untuk pasukan polis serta kerajaan,” kata bapa kepada empat orang anak yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam pasukan polis.
Sementara itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, berkata keluarganya tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian anaknya.
Beliau berkata keluarganya akan berbincang dengan peguam untuk membuat semakan terhadap keputusan itu.
“Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu.
“Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini.
Norsiah berkata beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet.
Beliau berkata keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal.
“Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. – Bernama

8 comments:

Cara Alami Mengobati Parkinson said...

makasih infonya

Cara Alami Mengobati Darah Tinggi said...

semoga sukses selalu

Cara Alami Mengobati Tumor Lambung said...

Salam kenal dan sukses selalu

Cara Alami Mengobati Tipes said...

infonya sangat bermanfaat sekali

Obat Tradisional Penyakit Liver said...

thank's infonya

Obat Tradisional Penyakit Patah Tulang said...

sukses terus ea

Obat Tradisional Penyakit Kanker Serviks said...

jangan lupa mampir balik ya gan

Obat Tradisional Penyakit Nyeri Sendi said...

siang all

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story