Mayat Mangsa Rog 0l Beramai-ramai Dibakar

Mayat Mangsa Rogol Beramai-ramai Dibakar

NEW DELHI – Mayat wanita muda yang dirogol beramai-ramai dan dibelasah dalam sebuah bas di sini sudah dibakar pada majlis tertutup hari ini.
Polis India semalam mendakwa enam lelaki atas tuduhan membunuh dalam serangan 16 Disember lalu itu yang mengejutkan negara dan mencetuskan tunjuk perasaan supaya perlindungan terhadap wanita daripada keganasan seksual ditingkatkan.
Dakwaan itu dibuat beberapa jam selepas wanita berkenaan mati di hospital Singapura. Mangsa dibawa ke Singapura untuk menerima rawatan.
Mayat mangsa terbabit dibakar dalam majlis tertutup di sini selepas tiba dari Singapura dengan menaiki pesawat khas Air India.
Perdana Menteri, Manmohan Singh dan Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi hadir di lapangan terbang untuk menyambut mayat dan bertemu ahli keluarga mangsa yang turut tiba denga pesawat. – AP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story