MTUC Mahu KSWP Beri Dividen Lebih Tinggi

MTUC Mahu KSWP Beri Dividen Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.
KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 September.
Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam hari ini memberitahu Bernama bahawa berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi.
KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.
Balasubramaniam berkata, majoriti daripada 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia adalah satu-satunya sumber simpanan bagi mereka.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story