Pengarah Terkejut Julia Perez Bersikap Biadap

Pengarah Terkejut Julia Perez Bersikap Biadap

KUALA LUMPUR – Pengarah lelaki, Murali Abdullah yang mengambil artis Indonesia berlakon dalam filemnya, Sumpahan Malam Pertama terkejut ‘perang’ Twitter yang berlaku antara Julia Perez dan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi.
Julia yang mesra membahasakan dirinya sebagai Jupe telah menajalani pengambaran di Malaysia untuk filem itu dari 9 Disember hingga 11 Disember lalu.
Murali berkata, tindakan Jupe yang biadap membuatkan dia tidak menyangka wanita itu berperangai seperti itu.
Ini kerana, sepanjang Jupe di Malaysia, wanita yang seksi itu tidak pernah mencari masalah dengan krew filem arahannya dan sentiasa bersikap profesional.
“Terus-terang saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu perkara ini kerana sepanjang dia bekerja dengan saya dia sangat humble dan profesional dengan semua krew kami yang terlibat.
“Saya tak sangka dia boleh bersikap begitu kerana semasa 3 hari penggambaran dia tidak menunjukkan perangai yang buruk atau pun kurang ajar,” kata Murali yang dipetik dari portal Murai.com.
Walaupun masalah tercetus antara ‘pelakonnya’ dengan Zed Zaidi, Murali berkata itu bukanlah urusannya kerana ‘peperangan’ itu berlaku di luar waktu pengambaran filemnya.
Justeru, Murali tidak mahu memberikan sebarang komen atau reaksi secara berlebihan.
Malah, bagi Murali, isu mengambil Jupe berlakon untuk filem Malaysia juga tidak boleh menyalahkan dirinya kerana pemilihan wanita itu adalah atas kehendak produser filem Sumpahan Malam Pertama.
“Bagi saya apa yang berlaku di luar penggambaran atau kerja saya, itu bukan urusan saya. Malah pemilihannya juga adalah di atas permintaan produser filem ini iaitu Shankar.
“Saya tiada hak untuk berkata apa-apa. Malah sepatutnya ibu bapa dia sahaja yang boleh menegur. Ini perangai manusia, orang lain tak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan untuk dia berubah,” kata Murali.
Beberapa hari lalu, Jupe telah mengutuk kualiti drama di laman rasmi Twitternya.
Kenyataan Jupe itu disedari oleh Zed Zaidi dan dia juga telah membalas kenyataan Jupe.
Mereka berdua kemudiannya telah bergaduh dan Zed Zaidi telah mengheret isu pergaduhan itu hingga ke peringkat atas kementerian di Malaysia.
Oleh: NAIMAH SHAARI


0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story