Polis Tahan Ibu Tiri Kanak-Kanak Mangsa Dera

Mangsa Dera

SHAH ALAM – Polis menahan ibu tiri kanak- kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial facebook kira-kira pukul 10 malam Rabu, di Taman Meru Indah, Klang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md Isa berkata wanita berkenaan ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah kenyataannya direkod.
“Wanita berusia 20 tahun itu merupakan individu yang merekod klip video ketika mangsa dikasari oleh suspek, yang turut berada bersama suspek dan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.
Rusdi berkata polis telah memanggil dan mengambil kenyataan ibu kandung mangsa, berumur 29 tahun yang merupakan isteri tidak berdaftar suspek, berhubung kes itu.
Beliau berkata sehingga kini, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story