Skuad HM Dirombak Hadapi Pusingan Kelayakan

Skuad HM Dirombak Hadapi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki baru-baru ini akan dirombak bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.
Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal berkata beberapa pemain yang tidak mempamerkan prestasi terbaik pada Piala AFF Suzuki 2012 akan digugurkan, manakala pemain yang diketepikan akibat kecederaan akan dipanggil semula.
Skuad kebangsaan perlu diperkuatkan bagi mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan Malaysia bermula Februari depan, katanya ketika dihubungi Selasa.
Malaysia gagal mempertahankankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 apabila tunduk kepada Thailand dengan agregat 1-3 pada saingan separuh akhir.
Dalam pada itu, Subahan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk K Rajagobal akan terus melatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia kerana kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan tersebut masih berbaki sehingga Disember 2013. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story