1,000 Sekolah Rosak Akan Dibaiki

1,000 Sekolah Rosak Akan Dibaiki

KUALA PILAH – Kementerian Pelajaran akan berusaha menyelesaikan pelbagai kes kerosakan melibatkan lebih 1,000 sekolah di seluruh negara dalam tahun pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi.
“Untuk tahun pertama, kita nak selesaikan kes 1,608 sekolah di seluruh negara yang melibatkan pelbagai isu terutama kes kerosakan teruk,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh, dekat sini, Isnin.
Berhubung masalah keretakan bangunan asrama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, beliau berkata kementerian meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja pembaikan kecil terutama bangunan asrama kolej itu yang mengalami masalah keretakan dan bekalan air.
Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan Jabatan Kerja Raya berhubung masalah keretakan di beberapa bahagian di blok bangunan asrama di kolej itu kerana ia tidak dapat dipastikan sama ada melibatkan struktur atau mendapan tanah.
“Kita menunggu pandangan dan penilaian daripada JKR dan kalau ia melibatkan struktur kita terpaksa mengambil tindakan yang lebih menyeluruh untuk memastikankeselamatan pelajar. Jadi, yang itu kita minta pihak JKR untuk memberikan ulasandan pandangan,” katanya.
Sementara itu, ketika melawat lokasi tanah runtuh di kawasan SMK Datuk Abdul Samad, beliau berkata kos untuk membaiki runtuhan tanah di lereng bukit di kawasan sekolah itu dianggarkan RM700,000.
Katanya, JKR akan menjalankan kajian dalam tempoh dua bulan sebelum menjalankan kerja-kerja membaiki runtuhan itu dan ia dijangka siap hujung tahun ini.
Beliau berkata, satu kajian atau pemantauan menyeluruh perlu dijalankan bagi menangani kejadian tanah runtuh di kawasan sekolah. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story