7 Terbunuh Helikopter Terhempas Di Peru

Helikopter Terhempas

LIMA – Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk lima warga Amerika Syarikat (AS) maut apabila sebuah helikopter yang digunakan syarikat minyak dan perlombongan terhempas di sebuah bangunan komersial di utara Peru, hari ini.
“Tujuh mangsa terbunuh, termasuk lima rakyat AS dan dua warga Peru,” kata pendakwa raya tempatan, Marcos Ochoa kepada stesen radio Peru, RPP selepas penduduk kampung melaporkan melihat helikopter berkenaan meletup dan terbelah dua sebelum terhempas.
“Kejadian berlaku jam 2.57 petang waktu tempatan di Kampung San Juan, di kawasan utara hutan Ucayali.
“Polis serta penyiasat sedang mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Pasukan bomba dan polis turut menutup laluan ke lokasi kejadian ketika memulakan siasatan ke atas helikopter terbabit.
“Bunyinya cukup dahsyat, kita tidak tahun apa yang perlu dilakukan, helikopter berkenaan terbelah dua dan terbakar,” kata seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu. – AFP
* Sekadar Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story