Adira Mantapkan Lagu Awie, ‘Ratuku’

Adira Mantapkan Lagu Awie

Bagi peminat-peminat muzik Rock, nama Awie atau kumpulan Wings sangat terkenal dalam industri seni suara tanah air kita.
Lagu-lagu mereka kebanyakan banyak meninggalkan kesan yang mendalam buat peminat-peminat mereka.
Antara satu lagu ‘berhantu’ yang dinyanyikan oleh Awie adalah berjudul ‘Ratuku’.
Walaupun didengari setiap hari, setiap lirik dan lagu itu langsung tidak jemu menjadi halwa telinga kita.
Untuk tahun baru ini, lagu ‘Ratuku’ telah diberikan nafas baru.
Menerusi drama ‘Sehangat Asmara’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di Astro menggantikan drama Adam & Hawa, lagu ‘Ratuku’ versi baru hasil duet Adira dan Awie sememangnya meletup!
Adira yang tampil sebagai penyanyi tambahan dalam lagu itu ternyata tidak menghampakan peminat-peminat lagu dan muzik Awie.
Ini kerana, gandingan dua suara yang mantap itu telah memberikan corak dan nafas baru lagu ‘Ratuku’.
Tak percaya?
Cuba dengarkan!

Oleh: NAIMAH SHAARI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story