AirAsia Gantung Penerbangan KL – Colombo

AirAsia Gantung Penerbangan KL - Colombo

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) menggantung penerbangan harian syarikat penerbangan tersebut dari Kuala Lumpur ke Colombo, Sri Lanka berkuatkuasa 26 Februari ini.
AirAsia melalui satu kenyataan media memberitahu, langkah terbaharu AirAsia itu terpaksa dilaksanakan atas sebab-sebab komersial.
“Pelanggan AirAsia yang terjejas dengan penarikan balik laluan ini akan ditawarkan beberapa opsyen bagi mengurangkan kesulitan yang berlaku ke atas mereka.
“Mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu melalui emel dan SMS, Kakitangan perkhidmatan pelanggan AirAsia juga turut memaklumkan melalui telefon,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, opsyen yang ditawarkan adalah penerbangan lebih awal dari atau ke Kuala Lumpur atau Colombo tanpa sebarang caj tambahan.
Opsyen seterusnya adalah menawarkan shell kredit berdasarkan nilai yang telah mereka bayar dengan tempoh sah laku 3 bulan atau pembayaran balik penuh (full refund).


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story