Anne Ngasri Rasa Mual, Mungkin Mengandung?

Anne Ngasri

Pada 22 Januari ini genaplah sebulan usia perkahwinan pelakon, Anne Ngasri dan suaminya setiausaha kerja pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan.
Anne Ngasri yang kini bahagia melayari bahtera perkahwinan mengaku sejak akhir-akhir ini dia sudah mula rasa mual.
Namun, dia masih belum berjumpa doktor bagi mengesahkan keadaan dirinya yang sebenar.
Setelah 3 minggu berkahwin mungkin juga ini perkhabaran gembira buat Anne dan Sumali. Mana tahu Anne mengandung kan?
Anne Ngasri memang mengharapkan kehadiran orang baru dalam rumahtangga yang baru dibina.
Dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
Untuk pengetahuan semua, anak pertama hasil perkahwinan Anne terdahulu, Abdul Warits sudah pun memasuki alam persekolahan dan mengakui bahawa dirinya sedikit kelam kabut memandangkan ini adalah pengalaman pertama dia menguruskan anak yang bersekolah.
Sementara itu, Anne bakal muncul di TV9 mengacarakan sebuah program baru Semangat Intelek Swadaya pada setiap Sabtu, jam 11:00 pagi bermula 26 Janauari 2013 ini bersama bersama Diana Amir dan Shabana.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story