Armstrong Mengaku Ambil Dadah


Armstrong
CHICAGO – Lance Armstrong mengaku mengambil dadah peransang untuk memenangi perlumbaan Tour de France dalam temuramah bersama Oprah Winfrey selepas menafi sekeras-kerasnya lebih sedekad yang lalu.
“Ya,” kata Armstrong apabila ditanya Winfrey jika beliau menggunakan dadah untuk membantu dirinya mencapai kejayaan.
Armstrong berkata, beliau tidak dapat menjuarai perlumbaan berprestij itu sebanyak tujuh kali tanpa dadah dan tersenyum selepas berkata begitu.
Beliau dilucutkan kesemua gelaran selepas laporan Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat pada Oktober lalu dan menggantungnya seumur hidup daripada bertanding dalam triatlon dan acara lain.
Pelumba basikal itu turut kehilangan hampir semua penaja dan mereka menarik balik tajaan untuk pertubuhan kebajikan kanser, Livestrong yang diasaskan pada 1997. – AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Joint https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story