Disalah Anggap Sebagai Remaja Bawah Umur

Emma Watson

London – Bintang Harry Potter, Emma Watson yang kini meningkat dewasa, sering disalah anggap sebagai remaja belasan tahun.
Apa tidaknya, dengan wajah keanakan-anakan itu, ramai yang menyangka dia masih muda berbanding usia sebenarnya iaitu 22 tahun.
Dalam kejadian terbaru yang dialaminya bulan lepas, pelakon itu telah ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa.
Mereka menyangka dia masih remaja di bawah umur dan meminta kebenaran penjaga, ketika pelakon itu bercuti sendirian.
“Pegawai itu menganggap saya sebagai remaja bawah umur yang mengembara sendirian.
“Keadaan ini menyedihkan kerana ia bukan kali pertama berlaku,’’ katanya yang meluahkan kekecewaan itu dalam twitter miliknya.
Nasib baik Emma berjaya membuktikan bahawa dia sudah dewasa selepas menunjukkan pasportnya kepada pegawai terbabit.
Sementara itu, sempena tahun baru, Emma berazam untuk menguasai bahasa Perancis.
Aktres berkenaan dilahirkan di Paris oleh pasangan peguam dari Britain dan dia telah menghabiskan masa di negara tersebut selama lima tahun.
`Saya sentiasa ingin belajar bahasa Perancis. Ketika melawat Gare du Nord, ia mengembalikan nostalgia dan saya amat gembira di sana,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story