Fara Fauzana Dan Neelofa Bersaing Secara Positif


Fara Fauzana Dan Neelofa Bersaing Secara Positif – Bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 semakin dirasai. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi anugerah yang berprestij ini akan berlangsung.
Fara Fauzana Dan Neelofa Bersaing Secara Positif
Istimewanya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 pada tahun ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil bukan lagi di Arena of Stars, Genting Highlands.
Baru-baru ini terdengar desas-desus mengatakan si pengacara program Meletop, Neelofa ingin mencabar rekod Fara Fauzana dalam kategori Pengacara Wanita Popular. Sejauh manakah kebenaran khabar angin itu?
Dikesempatan bertemu dengan pemenang Anugerah Pengacara Wanita Popular Fara Fauzana selama 6 tahun berturut-turut ini dapat memperjelaskan serba sedikit mengenai isu tersebut.
Menurut Fara, mengenai isu yang timbul itu tidak memberi apa-apa kesan kepada diri beliau malahan beliau pernah berseloroh menanyakan kepada Lofa siapakah yang akan menang bagi ketegori Pengacara Wanita Popular pada tahun ini memandangkan kami sama-sama tercalon dalam kategori tersebut.
“Bagi saya ini adalah satu persaingan yang positif dan jika bukan rezeki saya untuk memenangi anugerah tersebut pada tahun ini, sekurang-kurangnya biarlah anugerah itu dimenangi oleh individu dari program yang sama.
“Jika Lofa menang saya turut berasa bangga kerana dia merupakan rakan gandingan saya dalam program Nona.” katanya.
Kepada peminat diluar sana teruskan mengundi artis kesayangan anda.
Oleh: MyArtis.My

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story