Fasha Sanda Bersyukur Tercalon ABPBH 2012

Fasha Sanda

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Fasha Sanda melahirkan rasa syukur kerana namanya tercalon sekali lagi dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).
Walaupun kelibat dirinya tidak lagi dilihat dalam drama-drama atau filem Melayu yang ada, Fasha gembira kerana peminat masih lagi memilih dirinya untuk menyertai pertandingan itu.
Ketika ini, usia kandungan Fasha sudah mencecah 7 bulan dan dijangkakan bersalin anak sulungnya dengan Rizak Ashram atau Jejai dua bulan lagi.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sekali dan tidak menyangka peminat-peminat masih terus mengundi sehingga tercalon ke Top 5, dan masih meminati lakonan saya walaupun sekarang ini saya sudah jarang menghiasi kaca televisyen,” kata Fasha yang dipetik dari portal Gua.com.
Sejak disahkan hamil, Fasha sudah tidak aktif berlakon kerana ingin menjaga kandungannya dan kesihatan dirinya.
Fasha lebih banyak menghabiskan masanya bersama Jejai selain menguruskan salun kecantikannya, Chantik.
Bakat lakonannya yang terakhir dipertontonkan sebelum dia berehat panjang adalah dalam drama Runtun Qalbu.
“Untuk drama tersebut, ia memberikan impak yang amat besar buat saya dan juga peminat-peminat yang menyaksikannya, dan saya amat gembira di atas sambutan yang diberikan,” katanya.
ABPBH 2012 dijangkakan berlangsung pada 7 April 2012 di Stadium Bukit Jalil.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story