Fikirkan Keselamatan Tanah Air – Rais Yatim

Keselamatan Tanah Air

KUALA LUMPUR – Pihak yang berhasrat mengadakan satu perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara pada 12 Januari ini dinasihati supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihak penganjur perhimpunan itu perlu meneliti hasrat itu daripada semua aspek termasuk kepentingan tanah air dan isu keselamatan.
“Mereka juga perlu memikirkan pihak yang memiliki hak ke atas premis yang hendak diadakan perhimpunan itu,” katanya.
Menurut Rais, tiada pihak sama ada parti pembangkang atau badan bukan kerajaan boleh menetapkan sendiri lokasi perhimpunan seperti itu.
Beliau berkata, polis akan mengeluarkan permit membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan itu sekiranya pengurusan sesebuah lokasi bersetuju dengan perhimpunan yang mahu diadakan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini mendakwa pakatan pembangkang merancang mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan perhimpunan kebangkitan rakyat di bandar raya pada 12 Januari ini. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story