Gadis Dapat Duit Belanja RM40,378.84 Sebulan!

Gadis

Manja dan tidak boleh hidup tanpa duit adalah gambaran yang sesuai diberikan kepada gadis bernama Gina Rio, 23, yang berasal dari Britain.
Kehidupannya sentiasa dilimpahi dengan kemewahan dan kekayaan yang tidak pernah gadis-gadis lain kecapi.
Gina bukanlah anak gadis yang berketurunan raja mahu pun dari keturunan keluarga yang memang mempunyai rekod kekayaan yang melimpah ruah.
Pada usia 14 tahun, ayah Gina, seorang ahli perniagaan berjaya telah bercerai dengan ibunya, Theresa kerana mempunyai perempuan simpanan di belakang ibunya.
Sejak bercerai dengan ibunya, Gina telah menuntut duit perbelanjaan bulanannya sebanyak 20,000 Euro atau RM80,726.07 dari bapanya.
Kerana kasih dan sayang bapanya kepada Gina, bapanya menuruti sahaja kehendak Gina dan pernah membelanjakan wang sebanyak RM64,502.27 hanya untuk sambutan hari lahir Gina.
Malah, Gina juga menerima sebuah kereta Mercedez mewah berharga RM807,261.22 dari ibunya.
Dengan duit sebanyak itu, Gina banyak menghabiskan duitnya itu dengan membeli belah pakaian yang mencecah ratusan ringgit dan kasut-kasut yang terlalu mahal dari pereka terkenal seluruh dunia.
Bapa Gina pernah menghadiahkan sebuah tas tangan berharga hampir RM90,000 jenama Hermes.
Tetapi, Gina tidak menyukai pemberian hadiah bapanya itu kerana ia sama dengan kepunyaan perempuan simpanan ayahnya.
Sejak dari itu iaitu pada tahun 2003, bapanya telah menyekat dan tidak langsung memberikan wang perbelanjaan kepada Gina kerana sikap berlagak dan sombong yang ada dalam diri anak gadisnya itu.
Gina mengakui kehidupannya sedikit rumit selepas bapanya tidak lagi memberikan duit perbelanjaan.
Tetapi, dia gembira kerana ibunya telah membantu kembali hidupnya dan telah memberikan duit perbelanjaan sebanyak RM40,378.84 setiap bulan.
Malah, ibunya juga memberikan duit belanja sebanyak RM2,000 untuk dia menikmati kehidupan di salun rambut dan bil telefon.
Apa yang lebih menunjukkan kemewahan Gina adalah dia tidak tinggal di rumahnya sendiri, sebaliknya, dia tinggal di sebuah hotel bertaraf lima bintang, Savoy Hotel.
Setiap hari, dia akan memuat naik gambar dan status kemewahannya di Twitter untuk dikongsi bersama-sama temannya.
Terdapat lebih dari 50,000 pengikut yang mengikuti perkembangan diri Gina.
kaya
Kiranya, untunglah Gina yang tidak perlu bekerja dan hanya duduk diam menerima duit belanja dari ibu kesayangannya.
g 2
g1
kasut
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: DailyMail

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story