Hidangan Pahala Di Dalam Al-Quran

Hidangan Pahala Di Dalam Al-Quran

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya  tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : “Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.”
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh”
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”
Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = ?
Sumber: Iluvislam.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story