JENAYAH: Menteri KDN Pun Turun Meronda…

JENAYAH: Menteri KDN Pun Turun Meronda...

BARU-BARU ini Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 19 Disember 2012  di Padang Awam BK 5, Bandar Kinrara, Puchong.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini ‘turun padang’ bagi membolehkan beliau melihat sendiri kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota URB dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan agar program ini memberi impak positif dari semasa ke semasa dalam usaha memerangi perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan masyarakat yang mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.
Melalui program ini, Hishammuddin telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Balai Pandan Indah, Inspektor Ahmad Nazri bin Mohd Adnan, mengenai pelaksanaan dan gerak kerja URB yang merupakan inisiatif terbaru PDRM dalam fasa kedua pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mengurangkan Jenayah yang memberi tumpuan kepada usaha mencegah jenayah di kawasan perumahan, perniagaan, taman rekreasi, perindustrian dan sekolah.
Beliau juga turut membuat rondaan bersama URB di Pasar Pagi Taman Muda dan mengadakan lawatan ke Ops Payung di situ dan seterusnya membuat rondaan bersama URB di kawasan perumahan Taman Muda dan Taman Seraya. (Gambar Facebook PDRM)
45520_545584008785244_1919216418_n
582372_545582585452053_71062072_n
735023_545584518785193_1062828484_n



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story