Kadar Jenayah Juvana Di Kelantan Terus Menurun

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

KOTA BAHARU – Kadar kes jenayah melibatkan juvana di Kelantan semakin menurun, kata Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Katanya, ini adalah hasil kerjasama guru, ibu bapa dan pelajar dalam memerangi kegiatan tidak sihat di kalangan mereka, terutama di kawasan luar bandar.
Beliau berkata perangkaan tahun lepas menunjukkan sejumlah 90 kes jenayah dilaporkan membabitkan 122 pelajar, berbanding 126 kes tahun sebelumnya melibatkan 236 pelajar.
“Mereka yang ditangkap kebanyakannya berusia antara 13 hingga 18 tahun atas pelbagai kesalahan termasuk rogol, bunuh, samun, mencuri, pecah rumah dan curi motosikal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Afiliasi Pemimpin Pelajar Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab I, di sini, Ahad.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman dan pengetua sekolah, Wan Jah Wan Yaacob. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story