Nadia Aqilah Tak Mudah Berputus Asa



Nadia Aqilah Tak Mudah Berputus Asa – Walaupun sudah beberapa tahun menceburi bidang lakonan namun nama, Nadia Aqilah seperti masih asing lagi di dunia lakonan tanah air kita.
Nadia Aqilah Tak Mudah Berputus Asa
Tetapi pelakon ini, tidak mudah menyerah kalah walaupun filem pertamanya iaitu Zaiton Ceritaku yang ditayangkan di pawagam gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan.
Menurut Nadia, kegagalan filem tersebut bukanlah menjadi titik noktah untuk beliau menamatkan perjuangannya dalam bidang lakonan.
“Walaupun sedih dengan penerimaan penonton terhadap filem itu tetapi dari situ saya belajar cara mematangkan diri sebagai pelakon dan membuatkan saya semakin bersemangat untuk melakonkan watak-watak yang diberi dengan lebih baik,” katanya.
Tambah pelakon ini, beliau masih giat menghadiri uji bakat tidak kira sama ada untuk filem, drama atau teater bagi mencari watak dan peranan sesuai dengan karakter diri beliau.
Dalam perkembangan lain, Nadia berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Kisah Cinta selain sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story