Pelawak Kena Penjara 2 Tahun

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ


Yosawaris Chuklom, 54,
Bangkok – Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pelawak yang juga penyokong kumpulan ‘Baju Merah’ kerana menghina raja negara itu.
Yosawaris Chuklom, 54, yang dikenali dengan nama Jeng Dok-chik didapati bersalah di bawah undang-undang menderhaka kepada raja, berikutan satu ucapan ketika perhimpunan besar-besaran pada 2010, kata peguamnya Thamrong Lakdaen.
Tuduhan berasingan
Thamrong berkata, pelawak terbabit juga menghadapi tuduhan berasingan atas dakwaan keganasan kerana pembabitan dalam bantahan jalanan Baju Merah 2010 di Bangkok, akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman terbabit.
Mengikut undang-undang, sesiapa didapati bersalah memfitnah Raja Thailand, permaisuri atau waris mereka berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
“Pada awalnya dia dihukum tiga tahun tetapi hakim mengurangkan hukuman kepada dua tahun disebabkan bukti yang diberikan,” katanya.
Subjek sensitif
Kerabat diraja adalah subjek sensitif di Thailand. Raja Bhumibol Adulyadej, 85, amat dihormati rakyatnya tetapi dimasukkan ke hospital sejak September 2009.
Aktivis hak asasi mendakwa undang-undang menderhaka raja dipolitikkan dengan mengatakan dakwaan itu dikaitkan dengan pergerakan Baju Merah.
Thailand dilanda perpecahan politik sejak rampasan kuasa 2006 yang menumbangkan Thaksin Shinawatra.
Pada Mac 2010 puluhan ribu penyokong Baju Merah berhimpun di Bangkok menuntut pilihan raya segera.
Kira-kira 90 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. – AFP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story