PM Umum 7 Projek Dalam Manifesto Kelantan

PM Umum 7 Projek Dalam Manifesto Kelantan

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia memenangi Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sebagai sebahagian daripada manifesto negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek itu akan meningkatkan lagi keadaan dan potensi rakyat.
Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, sebuah stadium baru dan menyelesaikan masalah air.
Najib, yang juga pengerusi BN, berkata BN juga akan membina 3,000 unit rumah, menubuhkan kampus UiTM di sini, memulakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu dan membina masjid terbesar di negeri ini berharga kira-kira RM50 juta.
“Ini adalah hanya sebahagian manifesto kami. Ia belum lagi lengkap. Akan ada perkara-perkara lain yang akan diumumkan kemudian. Ini adalah janji Barisan Nasional,” beliau berkata pada program Janji Ditepati semasa lawatan beliau sehari ke negeri itu pada Ahad. – mStar Online
Foto: Berita Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story