Radhi OAG Sedang Kenali Hati Ayu

Radhi OAG

Tahun ini genaplah 20 tahun usia kumpulan OAG menempa nama dalam arena muzik tempatan.
Walaupun seringkali dilanda bermacam masalah seperti sering menukar ahli kumpulan, namun nama OAG terus mekar dibawah vokalis utamanya, Radhi, 36.
Radhi yang kini sudah pun bebas dari pengaruh dadah memberitahu yang OAG bakal tampil dengan album baru pada tahun ini juga.
Selain itu, apabila diminta bercerita mengenai kehidupannya kini sebagai seorang duda, Radhi berkata anak tunggalnya, Mohd Rifdi Muslim kini sudah berusia lapan tahun.
Jelas Radhi, anaknya itu juga sudah bijak menelefonnya untuk berjumpa dan keluar bersama.
Bercakap kepada portal Gua.com, Radhi menegaskan yang dia tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin lain.
Walau bagaimanapun, dia sekarang sedang mengenali hati budi seorang gadis bernama Ayu.
Gadis 19 tahun itu sudah dikenalinya sejak tiga tahun lalu lagi.
“Semua orang ingin untuk berkeluarga, justeru saya mengharapkan perkahwinan kali kedua akan kekal.
“Namun, saya belum merancang ke arah itu kerana bukan mudah untuk menjaga anak dara orang,” ujar Radhi.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story