Tandas Awam Malaysia Kotor – CAP

Tandas Awam Malaysia Kotor

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa tahap kebersihan tandas awam di negara ini masih berada pada tahap kurang memuaskan.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, masih banyak tandas awam didapati tersumbat, pam tidak berfungsi, lantai pecah dan berlumut serta sinki tersumbat.
“Keadaan ini sekadar menunjukkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak mengambil berat akan soal kebersihan.
“Perbuatan seperti membiarkan tandas dalam keadaan kotor, tidak dipam selepas digunakan dan membuang puntung rokok merata-rata dalam tandas juga menyebabkan keadaan tandas awam menjadi begitu kotor,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed berkata, situasi tandas awam jadi lebih `menyakitkan mata’ apabila terdapat pelbagai contengan, tulisan serta lukisan ditulis dan dilukis pada dinding tandas awam oleh pengguna tidak bertanggungjawab.
Lebih teruk apabila keadaan itu turut didapati berlaku di tandas yang disediakan di tempat ibadat seperti surau, masjid dan tempat ibadat agama lain, katanya.
Justeru, beliau meminta semua pihak mempunyai sikap bertanggungjawab bagi memastikan kemudahan tandas awam berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Dalam pada itu, pihak bertanggungjawab juga diminta memikirkan semula penggunaan lantai tandas menggunakan jubin berkilat yang menjadi licin apabila basah.
Jelas beliau, lantai yang licin boleh merbahayakan keselamatan pengguna akibat tergelincir.
Tambah beliau, pembaziran air perlu dielakkan dan penggunaan air secara berhati-hati dapat mengelak ia daripada melimpah dan menyebabkan lantai menjadi licin. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story